Senin, 05 April 2010

keluarga uchiha

Keluarga Uchiha

Keluarga Uchiha pernah diiktiraf sebagai keluarga terkuat di Konoha dan pakar mengendalikan jurus berelemen api seperti 'Katon: Gōkakyū no Jutsu, 火遁・豪火球の術 (Elemen Api: Jurus Bebola Api) dan 'Katon: Hōsenka no Jutsu, 火遁・鳳仙火の術' (Elemen Api: Jurus Api Kenyalang Abadi). Ahli keluarga Uchiha memiliki kekkei genkai Sharingan yang membenarkan mereka menghafal dan meniru ninjutsu, taijutsu dan genjustu pihak lawan.
 
Dikatakan salah satu daripada nenek moyang Uchiha mengasaskan Pasukan Polis dan Ketenteraan Konoha dan majoriti ahli organisasi tersebut merangkumi ahli keluarga Uchiha. Pada masa kini, hanya dua orang ahli keluarga yang masih hidup - Uchiha Itachi dan Uchiha Sasuke. Hal ini kerana Itachi telah membunuh kesemua ahli keluarganya ketika dia berumur 13 tahun untuk menguji keupayaanya. Dia melepaskan Sasuke, adiknya atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Itachi memberitahu Sasuke bahawa Sharingan Uchiha mempunyai tujuan yang misteri dan masih belum diketahui.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar